Dia Cuba Nak Putar Belit Cerita - Kakak Joy Revfa

Share:

Dia Cuba Nak Putar Belit Cerita - Kakak Joy Revfa


Satu Malaysia kini sudah pun maklum dengan cerita rumah tangga diantara Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa yang kini dalam status yang sangat rumit.

Selepas mengadakan sidang media pada jam lebih kurang 3.15 petang Selasa tadi, Hafiz Hamidun telah pun menjelaskan 13 fakta berkaitan masalah isu pernikahan antara dia dan juga Siti Arifah atau dikenali sebagai Joy.

Sidang media yang berlangsung lebih kurang 45 minit itu telah menjelaskan pelbagai anggapan dan reaksi netizen yang amat terkejut dengan berita ini.

Namun, melalui laman Instrgam Joy sendiri, kakaknya iaitu Dyana Sofia menyatakan bahawa Hafiz sudah mengetahui akan masalah dokumentasi cerai adiknya itu. Pelbagai lagi komen yang di katakan di ruangan komen instrgam itu.

Terbaru, Joy Revfa telah pun menutup ruangan komen yang mengandungi komen balas kakaknya dengan netizen.






Semoga semuanya baik-baik belaka. Sama-sama kita menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh mahkamah nanti. 

Tiada ulasan