Elizabeth Tan Menceritakan Detik Mengalami Kemurungan Teruk

Share:

Elizabeth Tan Menceritakan Detik Mengalami Kemurungan Teruk


Elizabeth Tan yang turut mesra dipanggil  Lizzy menceritakan tentang  sepanjang tempoh mengalami kemurungan dia mengakui pernah terlintas di fikirannya untuk mengambil nyawanya sendiri kerana berasa terlalu tertekan.

Dia yang turut berkata :-

"Saya pernah duduk selama enam jam untuk mengenang semua kesilapan dan kelemahan diri yang saya tulis dalam buku dan keadaan kemurungan saya sangat teruk sehingga pernah terlintas untuk mengambil nyawa sendiri.

"Bagaimanapun ketika itu saya tersedar untuk mendapatkan bantuan dan bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan banyak memberi semangat untuk saya berhadapan dengan masalah dan terus memajukan diri.

"Mujur saya bukanlah seorang yang mudah membuat keputusan kerana emosi dan mula bersikap positif terhadap kehidupan dan memandang ke hadapan,"

"Hubungan kami pernah renggang kerana terlalu ikutkan hati tetapi dia tetap menerima saya dengan hati terbuka sehingga sanggup menjaga saya dan dia seorang wanita yang hebat," 

Turut mrnjelaskan , dia terbuka mengenai isu kemurungan dihidapinya kerana merasakan ia perkara serius dan bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Tiada ulasan