Jangan Hidup Dalam Penuh Penipuan Sajat

Share:

"Jangan Hidup Dalam Penuh Penipuan Sajat"



Nama Jefferi Mohd Nor menjadi  terkenal apabila  namanya mula dikenali apabila video pengakuannya sebagai pondan telah viral.

Jefferi atau dikenali Kak Qis memohon maaf kepada pelanggan produknya dan berkongsi sisi gelap kehidupan sebagai pondan. Turut mencuri perhatian, Jefferi turut menasihati Nur Sajat supaya bertaubat.

“Sebaik melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. 

Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya. Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan”

“Siapa yang melihat video saya sebelum ini pasti dapat mengagak apa yang dikatakan Nur Sajat ditujukan untuk saya, namun saya tidak mahu melatah dan sudah bersedia dengan setiap kemungkinan sebaik membuat keputusan untuk berhijrah. 

Inilah yang akan saya hadapi, menerima kecaman daripada pondan lain yang mungkin tidak suka melihat penghijrahan saya”

Rasanya  kenyataan Jeffer itu seolah-olah beliau smempunyai hubungan rapat dengan Sajat satu ketika dulu hingga digelarkan Cikgu.

Tetapi menerusi satu video, Sajat seolah menyindir penghijrahan Jefferi yang dikatakan hanya dilakukan sebagai strategi pemasaran produknya. Malah menggelarkan rakannya itu sebagai orang tua nyanyuk.


Tiada ulasan