Jihan Musa Umum Berbadan Dua

Share:

Jihan Musa Umum Berbadan Dua


Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil empat bulan secara rasmi.

Dia turut mendedahkan berita gembira tersebut secara eksklusif di rancangan MeleTOP sebentar tadi.

Kebetulan Jihan menggantikan Neelofa sebagai pengacara MeleTOP pada minggu ini kerana Neelofa masih belum pulang ke Malaysia.

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah,  semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja," 

"Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.

"Kepada yang berteka teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu," 


Tiada ulasan