Komen Abby Abadi Tentang Video Joget Anaknya

Share:

Komen Abby Abadi Tentang Video Joget Anaknya



Susulan daripada isu video berkenaan anak bongsu Abby Abadi yang telah viral apabila berjoget serta menari dengan "miming" muzik video dari lagu I Am Me DS Vida.

Abby Abadi tampil memberi komen terhadap insiden yang berlaku. Jelasnya dia langsung tidak mengetahui bahawa anaknya itu membuat video tersebut.

Menurutnya di laman sosial Instagram, Abby menjelaskan :-

Baby Besar Mama #MariaDanishaHakim 
.
Baru 9 tahun umurnya. Budak baik sangat ni. Hati bersih. Manja sangat dia. Pandai mengaji, pandai dah solat, berusaha jaga aurat walaupun budak lagi 😍
.
Nak ceritanya: Kelmarin ke semalam, dia berjoget sakan dalam bilik kt rumah Papa dia. pastu di post kt IG. Kita masa tu takde, malam baru perasan hihi.. Mula2 tengok terkejut sebab lincah nauuu anak haku 
.
Ada yg suka, ada yg tak suka.. itu biasa. Tapi takyah la kecam.. budak2 lagi kot! 🙄Sy tgk bila DS Vida masukkan kt IG dia... yg komen pun macam takde anak beranak. Sempurna sangat ke diri tu, ahli keluarga masing sampai budak besar ni berjoget pun nk kata mcm2? Rilek2 sudaaa la.. Suka tengok, tak suka abaikan saja ok?
.
Kami manusia, tak sempurna. Tapi, InshaALLAH, Sy usahakan didikan yg terbaik utk anak3 Sy. Doakanlah yg baik2 je. Jangan seronok sangat mengata anak orang, anak sendiri, keluarga sendiri taktahu nasib lagi. Jadi sama2 beringatlah k. Semoga pengakhiran yg baik untuk kita semua 


Tiada ulasan