" Saya Boleh Jadi Suami Yang Baik Pada DS Vida" Kata Rani Kulup

Share:

" Saya Boleh Jadi Suami Yang Baik  Pada DS Vida" Kata Rani Kulup


Turut serta untuk merebut cinta DS Vida , Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan pangilan Ayahanda Rani Kulup turut  meluahkan hasratnya untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu  beliau berharap Datuk Vida membuka peluang untuknya menjadi suaminya. Turut menjelaskan:-

"Ayah boleh menjadi suami yang baik," 

"Isteri-isteri Ayah 'steady'," 

Beliau juga mendakwa penerimaan isterinya mengenai hasratnya itu  isterinya 'tidak kisah'.

Umum tahu, Datuk Vida yang sah bercerai talak satu pada April lalu mengimpikan calon suami mempunyai mata berwarna kelabu, ala-ala jejaka mat saleh serta seseorang yang suka beli-belah.

Menurut laporan media , DS Vida berkata,calon suaminya juga haruslah menerima beliau seadanya.

Jelasnya lagi:-


“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. 

Lelaki mana sanggup terima kalau sekali ‘shopping’ saya borong 14 ‘handbag’. Pengsan lelaki tu.

Tiada ulasan