AKHIRNYA..Dato Boy Iman Ditahan Pihak Polis, Isteri Pula Mengamuk!!

Share:

AKHIRNYA..Dato Boy Iman Ditahan Pihak Polis, Isteri Pula Mengamuk!!


Semalam isteri kepada Boy Iman telah mengamuk dengan PPIM (LIHAT SINI)

Hari ini pihak Polis telah mengesahkan menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Polis telah menerima sebanyak 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Ini kenyataan pihak Polis tentang hal ini:

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan,"


"Turut ditahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,"

"Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya.

"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat," 

Pihak polis dapati sindiket penipuan ini semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

Menurut Acryl Sani, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video isteri kepada Boy Iman telah mengamuk dengan PPIM (LIHAT SINI)

Sumber: Metro

Tiada ulasan