“Suarakan pendapat itu tidak salah tapi bukan dengan cara yang kurang ajar,” - Pak Nil Hentam Remaja Biadap

Share:

"Lantang di laamm sosial tapi takut bila berdepan" - Aznil Nawawi



Pengacara hebat Datuk Aznil Hj Nawawi bimbang dengan perkembangan komunikasi generasi baru yang dikatakan semakin tidak beradab, lebih-lebih lagi di media sosial.

Aznil yang leih mesra disapa Pak Nil berkata menyuarakan pendapat adalah satu perkara baik tetapi perlu dengan cara komunikasi yang betul dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.


Ini komennya:

“Saya lihat sekarang ramai anak kita yang bukan sahaja sanggup memaki hamun pemimpin, malah tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli agama.

“Kes terbaharu, seorang anak bukan sahaja mengeluarkan kata kesat kepada ibunya tetapi sanggup pula memukul ibu sendiri.

“Mereka semua ini begitu lantang di laman sosial tetapi bila berhadapan takut pula untuk menyuarakan pendapat.

“Suarakan pendapat itu tidak salah tapi bukan dengan cara yang kurang ajar,”


Sehubungan dengan perkara itu, Pak Nil telah membuat perancangan untuk mengelilingi sekolah seluruh Malaysia bagi memperkasakan kemahiran berkomunikasi.


Ini pendedahannya:

“Bermula dari pelajar sekolah rendah, saya mahu mendedahkan kepada mereka mengenai kepentingan komunikasi dan interaksi dalam melontarkan pertanyaan, jawapan dan juga pendapat.

“Saya sedar generasi kini meskipun lepasan universiti, mereka masih mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lemah dan ia antarasa salah satu sebab mereka gagal mendapat tempat di dalam mana-mana sektor perkerjaan.

“Saya harap kempen ini dapat membantu untuk mengasah kebolehan berkomunikasi dan melontarkan pendapat, menyuarakan pandangan mereka dengan cara yang betul.

“Sebenarnya saya sudah mempunyai idea ini sejak sekian lama dan sedang bekerja rapat dengan agensi kerajaan bagi merialisasikan impian saya ini,”


Apa yang Pak Nil utara ini sememangnya satu perkara yang betul dan semoga rancangannya untuk memperkasakan komunikasi remaja dapat direalisasikan.

Tiada ulasan