Tayang Body Lentik Ketika Di Pulau Perhentian, Ini Respon Pelakon Baru Nadia Brian

Share:

Respon Nadia Brian


Nadia Brian merupakan pelakon baru yang sedang meningkat naik.

Baru-baru ini Nadia Brian ada berkongsi foto ketika bercuti di Pulau Perhentian, Terenggani.

Ternyata dia tidak menyangka gambar percutiannya itu mendapat perhatian netizen di laman sosial dan menjadi viral.

Nadia Brian berkata gambar dan video yang dikongsi di Instagram itu dirakam ketika bercuti bersama ibunya di pulau itu.

Tambahnya, secara tiba-tiba follower bertambah dan banyak komen yang ditulis oleh para follower.


Ini respon Nadia Brian:

"Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi.

"Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

"Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,"

"Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

"Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

"Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf,"


Pelakon yang kini berumur 26 tahun ini berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif yang dilontarkan terhadapnya.

Nadia kini lebih selesa memilih untuk mendiamkan diri dan sebolehnya mahu dikenali kerana kerjaya dan bukannya soal peribadi.

Untuk pengetahuan, antara lakonan Nadia Brian adalah dalam drama Cik Serba Tahu dan Rumi & Jawi.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Nadia bakal muncul dalam drama Dekatkan Jarak Kita dan juga Dendam Aurora.

Tiada ulasan