(3 FOTO) Elfira Loy Tampil Beri Kenyataan Apabila Foto Bersama Jejaka Dikatakan Kekasih Tersebar

Share:

Hubungan antara pelakon popular Elfira Loy dan juga penyanyi Sufian Suhaimi telahpun berakhir.

Kedua-dua memang kecewa degan apa yang berlaku tetapi dilihat sudah mula move on dengan kehidupan masing-masing.

Namun begitu, secara tiba-tiba, Elfira loy telah dikaitkan dengan seorang jejaka yang dikatakan pengganti kepada Sufian Suhaimi.

Sebelum ini ada timbul isu masalah yang melanda hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi adalah disebabkan oleh campur tangan pihak ketiga.

Terbaru orang ramai mula mengaitkan Elfira dengan seorang jejaka yang juga usahawan bernama Aysraff Mazlan.

Segalanya timbul gara-gara Aysraff memuat naik gambar dia Instagram dia menyambut ulang tahun bersama Elfira dan adiknya Ezlisa.

Elfira Loy juga dilihat ada memuatnaik fiti bersama Asyraff di laman INsta Story nya ketika berada di Mekah.

Tak mahu mengeruhkan keadaan, Elfira Loy akhirnya tampil menjelaskan hubungannya dengan Asyraff Mazlan di Insta story.

Ini respon balas dari Elfira Loy di laman Insta storynya pagi tadi;




Menurut Elfira Loy, dia sudah lama mengenali jejaka bernama Asyraff Mazlan ini. Elfira memanggil Asyraff dengan nama Acap.

Ini komen Elfira:

"Kalau nak kata El bagi ruang orang untuk buat fitnah, dalam caption dah terang-terang tulis makan sempena hari kelahiran Acap"

"El dah lama kenal Acap, lama lagi dari zaman tak pakai tudung masa shoot Kayuhan Cinta sehinggalah sekarang."

"Dan trip ke Mekah kami dalam kumpulan yang sama, bukan pergi bersama"

"Saya dah jelaskan!"

"Tapi lepas ni kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang menfitnah. Bukan El yang menimbulkan menfitnah"

Elfira juga meluahkan rasa fed-up denagn segelintir para netizen yang suka membuat tuduhan dia memilih jejaka berkenaan kerana dia berduit.

Ada juga netizen mulut jahat yang mengatakan bahawa Elfira Loy merupakan mata duitan.

Elfira dilhat begitu berang dengan komen komen sebegitu.


Diharapkan Elfira sabar dengan dugaan dan gosip yang menimpanya ketika ini.

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bertunang tahun lepas dan hubungan mereka telah disahkan putus pada minggu lepas.

Keluarga Elfira telahpun memulangkan cincin tunang kepada keluarga Sufian Suhaimi.

Sumber: IG Elfira Loy

Tiada ulasan