(5 FOTO) Lan Solo Kongsi Wajah Anaknya, Mempunyai Sumbing Tetapi Tetap Comel!!

Share:
 
Bekas penyanyi utama kumpulan Kristal iaitu Lan yang kini dikenali sebagai Lan Solo telah berkongsi kegembiraan mendapat anak keempat.

Isteri Lan Solo telah selamat melahirkan anaknya itu pada hari Sabtu yang lalu di sebuah hospital swasta.

Sheila melahirkan puteri mereka dua minggu lebih awal daripada jangkaan doktor.

Anak keempat itu merupakan seorang perempuan dan dilahirkan dengan berat 2.5 kilogram pada jam 4.10 pagi.

Ini ucapan dari Lan Solo:

"Alhamdulillah, pukul 4.10 pagi tadi saya dan isteri dikurniakan zuriat perempuan nombor tiga,"

"Nasib baik 'baby' sempat tunggu saya balik dari Jakarta. Sepanjang di sana, saya memang tak senang duduk ketika bekerja. Saya juga dapat memotong sendiri tali pusat anak keempat kami.

"Isteri dimasukkan ke bilik bersalin sekitar jam 1 pagi tadi dan selamat melahirkan anak kami selepas tiga jam. Selepas empat tahun, akhirnya kami berdua selamat menyambut cahaya mata keempat, yang melengkapkan lagi keluarga kami.

"Saya akan berlepas ke Sabah pula tengah hari ini, namun sehari saja di sana. Selesai saja urusan, saya akan membawa pulang isteri dan anak pulang ke rumah, jadi dapatlah Sheila berehat seketika di hospital sementara saya bekerja,"

Nama yang diberi ialah Nur Amna Quxandra.

Anak mereka mempunyai sumbing dibibir atas namun ianya bukan halangan untuk Lan Solo dan isteri berkongsi gambar anaknya yang comel itu.

Jangan risau, sebenarnya sumbing dibibir tiada apa masalah pun. Sumbing ini dinamakan cleft.

Selalunya bayi yang ada cleft boleh menjalani operation untuk memulihkannya.

Ini 5 foto gambar anaknya itu:






Setelah pasangan ini berkongsi gambar, ramai yang memuji anak Lan Solo itu sebagai seorang yang comel.

Akhir tahun lalu, Sheila pernah dimasukkan ke hospital selepas pertandingan akhir Gegar Vaganza 4 (GV4), dan doktor mengesahkan dia mengalami kebocoran air ketuban kerana terlalu aktif bekerja.

Lan dan Sheila telah berkahwin pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8 tahun, Nur Amna Qeesyara, 6 tahun, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4 tahun.

Sumber: IG Lan Dan Isteri

Tiada ulasan