"Aku Terajang Nanti.." - Sofi Jikan Mengamuk Ditanya Tentang Bigo.. Betul-Betul Bengang Dia

Share:
 
Nama pelakon Sofi Jikan telah dikaitkan dengan kes melibatkan Datuk Farid Kamil yang mengamuk di balai polis.

Farid Kamil mengamuk di balai polis sehingga bertindak di luar kawalan tehadap pihak polis selain beberapa orang awam di situ.

Dikhabarkan pelakon filem Tombiruo ini dalam keadaan yang bukan dirinya sebenar, dan di bawah pengaruh bahan terlarang.

Farid Kamil telah menamakan Sofi Jikan antara indivudi yang meletakkan bahan terlarang di dalam minumannya sehingga dia bertindak di luar kawalan.

Apabila nama nya dipetik oleh Farid Kamil, Sofi Jikan telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

Kemudian pelakon KL Gangster ini telah ditahan kerana ujian air kencingnya didapati positif bahan terlarang.

Sofi Jikan kemudian ditahan reman kerana kes itu.

Ketika ditahan, ada satu kejadian yang berlaku di mana Sofi Jikan telah naik angn dan berang.

Ini bermula apabila ada pihak yang bertanya tentang kemudaratan Bigo Live.

Ini videonya:


Ini soalan pihak media:

"Bigo membawa kesan yang buruk kepada Sofi. Adakah Sofi ingin terus aktif di aplikasi Bigo?"

Respon Sofi Jikan yang mengamuk:

"Bigo is wonderful lah. Kau jangan cakap banyak aku terajang kau nanti mati bersepai"

"Tangkap dia, kau buat tuduhan palsu cakap Bigo Live bawa mudarat pula. Bigo saman kau nanti tahu"

"Kau tak hormat aku ke tanya soalan macam ni? Kau ni sapa, nama apa? Kenapa cakap macam tu, kau tak kenal ke aku siapa?

Fuh betul betul bengang Sofi Jikan dengan soalan pihak media tentang aplikasi Bigo Live.

Sampai di suruhnya orang yang bertanya soalan itu supaya ditangkap kerana buat tuduhan palsu.

Sofi Jikan dikatakan memang aktif di aplikasi tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan