"Dah sakit tu duduk diam-diam.. Bodoh!" - Elyana Diselar Mahukan Perhatian

Share:
 
Ini satu berita tentang Elyana yang telahpun mebuat pengumuman dirinya menghidap cancer ketika tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim ini.

Penyanyi yang popular menerusi lagu seperti Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu ini telah mencuri perhatian apabila dikecam oleh seorang follower wanita bernama Emma.

Follower wanita berkenaan menempelak Elyana dengan ayat yang amat pedas sekali.

Ini komen dari wanita berkenaan kepada Elyana.

"No manners... Artis suam-suam kuku yang dahagakan perhatian. Gatal sangat pergi bagi tahu yang kau kena kanser... untuk minta simpati.

"Lepas tu tunjuk pula yang kau tu suka gaduh sana sini. Duk layan apa yang orang kata dekat kau. Hoi... Kalau dah tahu nak mati pergi dekatkan diri dengan Allah.

"Bukan layan gaduh dengan orang. Stupid! Cakap je lah kau bagi tahu kau kena kanser tu sebab malu kau tersingkir. Dah memang suara kau tak sedap. Dah sakit tu duduk diam-diam je la kat rumah. Stupid!" tulis @emmaazima.

Tohmahan yang dilemparkan kepada Elyana itu telah dibalas oleh penyanyi ini.

Ini tulis Elyana;

"Alhamdulillah... saya tak tau apa salah saya dengan awak dan yang lain-lain. Semoga semua kata kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi.

"Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya.

"Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan. Takkan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini, susah untuk saya memaafkan anda,"

Kesian juga Elyana. Dia aktif di laman media sosial bagus juga, untuk mendapatkan sokongan dari orang ramai terutama para peminat yang menyayanginya.

Kalau ada yang tak suka tu, tak perlulah memberi komen negatif yang boleh mengguris hati nya.

Semoga Elyana terus kuatkan semangat!

Sumber: IG Elyana

Tiada ulasan