Dakwaan Datuk Farid Kamil, Taj Innuendo Tampil Beri Keterangan Di Balai Polis

Share:
 
Sebelum ini, Datuk Farid Kamil telah menyatakan ada 3 nama yang didakwa meletakkan sesuatu ke dalam minuman sehingga membuatnya hilang kawalan.

Salah seorang nama yang disebut ialah Taj Innuendo yang kini berumur 40 tahun.

Hari ini, anggota kumpulan Innuendo, iaitu Taj atau nama penuhnya, Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir telah tampil memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Taj tampil memberi keterangan berhubung dakwaan Datuk Farid Kamil mengenai bahan terlarang yang dimasukkan ke dalam minumannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi berkata, Taj bersama peguamnya hadir kira-kira pukul 11 pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Ini pengesahan pihak polis:

"Individu tersebut hadir pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara, kita ambil keterangan dan akan tengok semula keterangan yang telah diambil dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,"

Polis menyatakan keputusan ujian saringan air kencing ke atas Taj Innuendo masih dianalisis dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Taj hadir bersama peguam, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar dan Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja.

Sementara itu,  peguamn yang mewakili Taj Innuendo iaitu Muhamad Akmal Arif berkata, Taj sudah memberi kerjasama dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

Ini kenyataannya;

"Apa pun kami sudah beri kerjasama dan serahkan kepada pihak polis untuk keputusan selanjutnya.

"Saya dihubungi oleh Taj malam tadi (Isnin) untuk mendapatkan bantuan, kita akan ikut lunas undang-undang. Ada perkara yang saya tidak boleh beritahu dan mungkin akan dibawa ke muka pengadilan,"

"Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis. Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini,"

Sebelum ini, Farid Kamil telah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang dalam minumannya menyebabkan beliau berkelakuan di luar kawalan sehingga mengamuk di balai polis dan menyerang polis dan orang awam.

Antara artis yang dikaitkan ialah Sofi Jikan yang juga telah tampil memberi keterangan.

Pada 11 Februari, pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklanan beribu pejabat di Johor Bahru, Ahmad Fairuz Ahmad Rusli, 47, atau Osh, tampil memberi keterangan berhubung dakwaan Farid itu.

Sumber: mStar

Tiada ulasan