Datin Rebecca Nur Al Islam Bergaduh Dengan Seorang Datin Muda

Share:
 
Ini satu berita baru yang menjadi tumpuan ramai. Ianya berkaitan artis yang bergelar datin iaitu Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi laman Instagram milik Rebecca, dia meluahkan rasa tak berpuas hati dengan seorang datin muda yang juga sebenarnya rakannya sendiri. Namun mereka berdua kini ada pertelingkahan.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah datin yang Rebecca maksudkan itu.

Masih lagi tercari-cari di mana punca perdebatan yang kini sedikit sebanyak membuka pekung sebelah pihak, Insta Stories pelakon Rebecca Nur Al Islam penuh dengan luahan dan juga komen yang berkaitan dengan seorang datin muda yang digelarnya sebagai datin ciplak.


Ini foto yang dimuatnaik oleh Rebecca Nur Al Islam:




Antara tulisan Rebecca berbunyi begini;

"Kesabaran aku ada batasnya. Dengan laki kau boleh lah kau nak buli, dengan aku cermin muka mayat kau dulu"

"Kau tak puas hati dengan aku, dengan aku je lah. Ni semua kawan aku kau angkut hasut. Apa kena kau Datin ciplak!! Kau kena ingat jangan sampai aku pecahkan semua apa yang kau cakap dan buat pada laki kau, datin muda kolot!!"

Memang panas juga pendedahan yang dibuat oleh Rebecca di laman media Instagram ini, memang marah betul.

Rebecca juga ada membuat kenyataan bahawa dia telah kehilangan rakan-rakan kerana telah dihasut oleh datin muda ciplak tersebut.

Kemudiannya ianya terus berlarutan dengan mesej peribadi yang dihantar kepadanya melalui Instagram.

Selain itu, Rebecca turut mendedahkan bahawa datin ciplak tersebut turut membuatkan suaminya tidak berjumpa dengan keluarga sendiri.

Rebecca juga ada mendedahkan datin tersebut turut pernah mengadu kepadanya bahawa dia ada bergaduh dengan suami dan pernah ingin kembali dengan bekas kekasih.

Fuh panas betul pergaduhan antara Datin Rebecca dengan datin muda ini. Siapakah agaknya ya.

Sumber: Insta Stories Rebecca Nur Al Islam

Tiada ulasan