Datuk Aliff Syukri Selalu Dikecam, Akhirnya Datin Shahida Tampil Bidas Netizen

Share:


Setiap hari ada sahaja kisah tentang jutawan kometik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri. Kalau nak ikutkan banyak benda viral yang dibuat oleh Aliff Syukri ini.

Dalam isu viral yang melibatkannya, sudah tentu ada pihak yang akan mengkritik dan juga mengecam Aliff Syukri.

Yang terbaru, kes melibatkan lakonan Aliff Syukri dalam sebuah filem adiwira berjudul Badang yang memang teruk dikritik.

Kebanyakkannya memberi review bahawa filem ini amat teruk dan ada juga yang menghentam pemilihan Aliff Syukri sebagai watak Badang.

Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada Aliff Syukri telah tampil memberi pendapatnya dan membidas orang ramai yang sering mengutuk suaminya.

Turut terkesan dengan kecaman yang diterima oleh Aliff yang menerima kritikan selepas membintangi filem Badang, Shahida mengakui dia sedih membaca kritikan yang berbaur cemuhan dan menjatuhkan.

Ini komen Nur Shahida:

"Sebagai isteri, tipu kalau saya tidak terkesan. Sedih memang sedih kerana banyak kritikan yang berunsur cemuhan dan menjatuhkan. Tapi itulah, saya sedih sebab kebanyakan yang kutuk pun orang bangsa kita"

"Kritikan yang membina itu positif untuk penambah baikan di masa akan datang, tetapi apa yang banyak diterima adalah kritikan menjatuhkan.

"Kritikan sebegitu lebih berunsur kejian serta penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah dan membuka aib.

"Buatlah apa saja, jika sudah benci, semuanya akan jadi tak betul. Saya juga ada berpesan kepada suami agar berhati-hati sebelum memuat naik apa sahaja foto, video serta kapsyen di laman sosial"

"Saya pun ada juga cakap, bila mcam-macam berlaku, kita buatlah yang terbaik dan berhati-hati juga selepas ini. Lagi pun saya yang tengok dia kena pun dah tak larat nak hadap benda-benda macam ni.

"Buat itu tidak betul, buat ini dikatakan menunjuk dan pelbagai lagi yang disalah tafsir"


Untuk pengetahuan, Shahida telah terlebih dahulu terlibat dalam dunia seni sebelum berkahwin lagi.

Menjadi salah seorang penyanyi kumpulan nasyid Solehah yang turut dianggotai oleh Bienda, Shahida mengakui perbezaan ketara bidang seni dahulu dan kini.

Ini komennya:

"Suasananya berbeza. Dahulu, tiada kecaman hebat dan berbisa seperti sekarang. Lagipun, saya menganggotai kumpulan nasyid, pastinya keadaan yang saya lalui berbeza berbanding selebriti lain.

"Sekarang zaman internet, semua orang ada akses menerusi telefon pintar dan kemudahan ada dihujung jari sahaja. Banyak perkara boleh ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu hangat"


Sementara itu, program realiti yang menampilkan kehidupan Aliff Syukri dan keluarga berjudul "Oh Abang Kosmetik" musim kedua kini sudah mula bersiaran.

Kepada yang ingin mengikuti kehidupan warna warni Aliff Syukri, jangan lupa saksikan program realiti tersebut setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Astro Gempak / Media Hiburan

Tiada ulasan