"Dia Menangis Bukan Sebab Lemah, Tapi Sebab Sakit Yang Tidak Tertahan"

Share:

Kini sedang viral isu pergolakkan rumah tangga pemuzik Ude Wahid dengan isteri pertamanya bernama Intan Liana.

Kemelut rumah tangga antara Ude yang juga suami kepada Izreen Azminda menjadi bualan ramai apabila pemuzik ini menfailkan permohonan cerai terhadap Intan semalam.

Di beberapa portal hiburan, menjadi viral foto Intan Liana sedang mengalirkan air matanya di mahkamah semalam.

Rentetan itu, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Rata-ratanya bersimpati atas nasib yang menimpa wanita itu. Namun, siapalah kita untuk menghukum.


Viral di laman FB Cinta Suami Isteri, perkongsian oleh Nor Fatin Sabiha yang mendapat perhatian ramai.

Sebagai seorang perempuan dan wanita terutama yang sudah berkahwin, pasti akan ada hati yang tersentuh dengan setiap bait kata ini.

Jom baca perkongsian ini, yang ditulis berkaitan Intan Liana:

"Jika seorang isteri menangis dihadapan mu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

"Hargai lah dia sebelum terlewat..."

"Andai dipegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersama mu sepanjang hidupmu.

"Jika dibiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

"Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi, Dia akan menjadi lemah.

"Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangi,maka hilanglah segala rasa egoisnya.

"Lelaki, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,
Pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersama mu sepanjang hidup.

"Lelaki, jika seorang isteri menangis kerana mu.
Jangan sesekali menyia-nyiakannya.
Mungkin keputusanmu,bakal memusnahkan kebahagiannya.

"Saat dia menangis didepan mu, Saat dia menangis kerana mu,
Pandang matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasainya?

"Fikirkan….
Isteri mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepan mu dan kerana mu……

"Dia menangis bukan dia lemah.
Dia menangis bukan dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

"Dia menangis,
Kerana sakit pedih yang diberi.

"Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.

"Jika seorang isteri menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

"Inilah waktunya untuk sedar apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kerana kau penyebab segalanya….

"Isteri mu bakal dilupakan.
Bukan itu sahaja.
Kau juga akan mula lupa "Betapa berharganya dia..."

"Pertimbangkanlah
Suatu hari nanti
Mungkin telah terlambat untuk menyesal,
Mungkin juga terlambat untuk kata MAAF !!

#TABAHINTANLIYANA
#SUCINYAHATIMU
#SYABASIZREENAZMINDA
#HEBATNYAKAUUDE

Itulah perkongsian yang sedang hangat diperkatakan. Rata-rata setuju dengan perkongsian ini.

Apa pendapat kalian?

Sumber: Siakap Keli / Page Cinta Suami Isteri

Tiada ulasan