Diana Danielle Berang Ada Peminat Persenda Ibunya

Share:
 
Pasangan Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle kini sering menjadi tumpuan ramai.

Semuanya bermula sejak isu yang melibatkan kes polis Farid Kamil yang mengamuk di balai polis sehinggalah isu mengambil barang terlarang.

Sejak itu pelbagai kisah tentang keluarga selebriti ini menjadi tumpuan orang ramai.

Kepada mereka yang follow Diana Danielle dan keluarga di laman media Instagram, sudah tentu kalian tahu betapa penyayangnya mereka sekeluarga.

Ada sahaja keletah anak-anak mereka iaitu Muhammad atau Aurora atau Diana Danielle sendiri yang mencuit hati para peminatnya.

Selain itu, Diana juga sering berkongsi kata-kata berbentuk motivasi atau keibapaan sesuai dengan statusnya sebagai seorang personaliti dan selebriti yang popular.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, ada satu komen orang ramai membuatkan Diana Danielle berang! Ianya berkenaan komen tentang ibunya.

Kisahnya bermula apabila Diana Danielle berkongsi satu gambar menunjukkan seorang wanita berpangkat nenek mengacukan pistol dengan keterangan apa yang terjadi apabila nenek mengetahui cucunya tidak makan dan ibubapa cucunya itu memasuki rumah.

Gambar berkenaan sudah lama viral di media sosial seluruh dunia dan menjadi bahan tawa di laman sesawang.

Menurut Diana, seorang nenek yang selalunya bersifat pelindung terhadap cucu-cucunya lebih berbanding anak sendiri. Dia juga mengucapkan syukur kerana ibu dan mentuanya banyak mengajar dia dan Farid menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Ini caption Diana Danielle:

Grandmothers mmg protective kalau bab cucu. Paling takleh sentuh. Thanks to my mom and my mom in law, they have shaped me & farid into better parents. Alhamdulillah, kami masih ada mak.

Ini fotonya:


Seorang pengikut meninggalkan komen mengatakan dia ingatkan gambar itu menunjukkan apa yang dilakukan oleh ibunya kepada dia dan suaminya.

Walaupun meletakkan emoji yang melambangkan kenyataan mungkin berbunyi gurauan, namun apabila membabitkan ibunya, Diana Danielle ternyata tidak senang dan berang.

Diana Danielle kemudian menggelar individu itu sebagai kebodohan melampau. Maklumlah, soal ibu bukanlah boleh dipermainkan.

Niat mahu berjenaka namun cara nya seperti mempersenda ibu Diana Danielle memang tidak patutla kan?

Sumber: Instagram Diana Danielle

Tiada ulasan