(FOTO) Beli Kereta Lamborghini, Ini Respon Shuib Sepahtu

Share:
 
Nama Shuib Sepahtu merupakan antara pelawak yang amat berjaya di Malaysia.

Perjalanan seninya bersama kumpulan Sepahtu terutama bersama Jep, boleh dikatakan amat berjaya dengan pernah memenangi Maharaja Lawak Mega, satu pentas yang amat besar buat pelawak di Malaysia.

Selain hebat membuat lawak, Shuib Sepahtu juga kini terlibat dalam bidang perniagaanseperti dobi dan menjual madu.


Setelah berjaya, sudah pasti Shuib mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman yang mewah.

Menerusi entry terbbaru di laman Instagram, Shuib telah memuat naik gambar bersama kereta jenama Lamborghini berwarna merah mendapat perhatian para followernya.



Shuib yang kini berumur 34 tahun, berkata, dia bersyukur dapat bergambar dengan kereta idamannya dengan berkat usaha perniagaan produk madunya.

Ini tulis Shuib di entry terbabit:

"Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia.

"Alhamdulillah... Semoga memberi inspirasi pada semua...Amin," 

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mengucapkan tahniah atas pencapaian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.

Ramai yang gembira dengan kejayaan yang dikecapi oleh pelawak yang telah berkahwin dengan penyanyi popular Siti Sarah.

Bagaimanapun, ketika Shuib dihubungi oleh portal mStar Online, Shuib memberitahu bahawa kereta tersebut bukan miliknya dan hanya sekadar untuk bergambar sahaja.

Ini penjelasan dari Shuib tentang foto gambar kereka mewah itu:

"Tak adalah, bukan kereta saya. Itu kereta orang, saja nak bergambar,"

Itulah kisah sebenarnya, ramai yang salah faham rupanya. Shuib hanya bergambar sahaja dengan kereta Lamborghini  itu, bukan miliknya.

Diimbas kembali, sebelum ini, Shuib menjadi  penyampai radio Sinar FM dan telah berhenti pada 29 November tahun lalu bagi memberi tumpuan pada perniagaan madunya.

Sumber: mStar

Tiada ulasan