Gadis Manja "Lapar Cendol" Tampil Beri Kenyataan

Share:
 
Ketika ini sedang hangat dan menjadi viral video seorang gadis dalam keadaan kepanasan dan kelaparan dengan aksi manja.

Rakaman gadis yang amat manja dan sedang 'lapar' dan mahu makan cendol itu dibuat menerusi laman sosial Instagram teman lelakinya.

Video itu mejadi viral dan meraih perhatian orang ramai sehingga banyak yang mula membuat parodi meniru aksi mereka berdua itu.

Apabila menjadi viral, ada pihak yang mengejek dan mengecam pasangan ini. Segelintir netizen turut menyifatkan manja yang dibuat sebagai 'mengada-ngada'.

Gadis berkenaan, Nur Anizah Tahang, 20 tahun atau lebih mesra disapa Nija tampil menjelaskan video aksinya itu dirakam secara spontan dan tidak dibuat-buat.

Dikatakan apa yang diperlihatkan di video itu adalah dirinya yang sebenar dan dia memang dikenali sebagai berperwatakan manja dalam kalangan keluarga dan teman-teman rapat.

Ini penjelasan Nija;

"Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam.

"Saya tak jangka pun benda ni nak ‘viral’ (tular) sampai ada macam-macam parodi orang buat pasal saya"

Nija yang menjalankan perniagaan secara dalam talian mendedahkan dia sebenarnya menonton setiap video parodi yang dibuat netizen meniru aksi manjanya.

Namun anak sulung daripada dua beradik itu tidak tersinggung dengan kesemua video tersebut, sambil menambah ia dianggap sebagai hiburan dan jenaka netizen.

Ini komennya lagi:

"Bukan tak kisah, tak ada manusia yang tak ada perasaan. Mungkin ia (parodi) dibuat sebagai ejekan, tapi saya fikir yang positif, anggap semua tu sekadar suka-suka.

"Saya sebenarnya tengok semua video parodi tu. Saya pun gelak

Mengakui aksi manja di dalam video itu mungkin keterlaluan, Nija memohon maaf sekiranya ia menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

Ini permohonan maaf Nija:

"Saya minta maaf kalau video tu dianggap melampau. Saya tiada niat, bukan sengaja nak buat macam tu. Maafkan saya"

Untuk pengetahuan kedua dua remaja ini boleh dikatakan amat popular di laman media sosial dengan Nija mempunya lebih 100k follower.

Teman lelaki Nija yang bernama Muhd Aiman pula mempunyai 60k follower.

Kedua duanya menetap di Klang, Selangor.

Sumber: mStar

Tiada ulasan