Hadiah Hari Jadi Anak Kembar Eina Azman Berharga Hampir RM40 Ribu

Share:

Kehidupan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Singh atau lebih mesra disapa Dato Gmix telah diserikan dengan kehadiran anak kembar.

Anak kembar itu diberi nama Karl Kareef serta Arianna Aubrey dan dilahirkan pada tahun 2016.

Pada 19 Februari 2018, baby kembar ini telah genap berumur 2 tahun.

Kedua-dua anak Eina Azman ini memang sering menjadi tarikan orang ramai di laman media sosial kerana kecomelan dan telatahnya yang membuat ramai terhibur.

Kepada yang mengikuti dan follow Instagram Eina Azman dan anak kembarnya itu, sudah pasti mengetahui gaya kehidupan Eina yang amat menarik dan penuh dengan kemewahan.

Semalam sempena hari lahir pasangan kembar itu, Eina Azman sekeluarga telah menyambut hari jadi Karl dan Aubrey yang kedua dengan meriah di Pulau Pinang.

Khabarnya, mereka sekeluarga dan beberapa rakan turut serta menyambut hari istimewa anak kembar Eina Azman itu di Pulau Pinang.

Yang menjadi tumpuan ramai ialah hadiah yang diberikan oleh Eina Azman kepada anaknya itu.

Ramai yang teruja, tergamam dan kagum apabila Eina dan Dato Gmix menghadiahkan jam tangan jenama mewah, Rolex yang mencecah harga berbelas ribu ringgit setiap satu untuk kedua-dua anaknya itu.

Menerusi Insta Stories Eina Azman, beliau turut berkongsi foto serta harga dua buah jam tangan tersebut.

Satu jam itu berharga RM18,800 dan satu lagi berharga RM19,210. Kalau campur dua dua dah berharga lebih kurang RM 38 ribu. Amacam hebat tak?

Bertuah betul anak-anak Eina Azman dapat ahadiah yang amat best dan amat mewah.

Sebenarnya anak-anak Eina Azman ini memang amat popualr di laman media sosial. Mereka juga ada Instagram mereka sendiri yang diberi nama @aubreykarl.

Instagram itu sudah mempunyai seramai 455 ribu follower, hebat betul.

Tiada ulasan