Haram Buat Di Kelab Malam.. Berdosa, Wajib Bertaubat! - Imam Muda

Share:


Kini sedang kecoh tentang pelancaran tudung terbaru Neelofa di Zouk. Memang ianya mengejutkan orang ramai.

Majlis ini dibuat malam tadi dan perkara ini terus menjadi perhatian ramai.

Neelofa ada memberi sebab tersendiri kenapa dia buat di tempat itu iaitu ianya tepat dengan tema majlis selain dikatakan hal berkaitan dengan kos.

Namun pengusaha tudung ini dikecam teruk oleh orang ramai di laman media sosial.

Hari ini, seorang pendakwah iaitu Imam Muda Fakhrul telah  tampil memberi pandangannya tentang hal ini.

Imam Muda Fakhrul dengan lantang mengatakan perkara ini tidak seharusnya terjadi.

Jom baca komen dari Imam Muda Fakhrul:

Apa hukum buat pelancaran tudung di Kelab Malam??

Hukum asal harus dan berpahala. Tapi bila buat di Kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.

Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat.

Saya ambil kerja Tuhan??. Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!.

"Kena berlembut jangan berkasar".. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya?, rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!.

"Ajak jangan hukum". Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang MENGAJAK mereka untuk mengikut hukum.

"Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum" Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.

"Mungkin dia nak dakwah" Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!.

"Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik". Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik”.

"Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?". Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.

Nak kata apa lagi??. Katalah!. Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.

Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.

Itulah pandangan dari Imam Muda Fakhrul. perkongsian ini dibuat olehnay di laman media Facebook pagi tadi.

Perkongsian dari Imam Muda Fakhrul ini dipersetujui oleh orang ramai.

Ramai yang beharap Neelofa mengambil ikhtibar dari pandangan seorang yang berilmu seperti Imam Muda Fakhrul.

Sumber: FB Imam Muda Fakhrul

Tiada ulasan