Iqram Dinzly Dedah Perlukan Wang RM369,000

Share:
 
Pelakon yang sering menjadi buruan pihak media iaitu Iqram Dinzly sering dikaitkan dengan aksi yang mencuri tumpuan ramai.

Sejak viral menerusi perkongsian video dengan membuat tarian dan aksi yang dilabel pelik, Iqram Diznly menjadi popular dengan sekelip mata.

Dalam perkembangan terkini, Iqram Dinzly ada membuat satu pendedahan yang mana dia memerlukan wang berjumlah RM369,000.

Pelakon draam Dunia Baru ini berkata apa yang dimahukan kini adalah sejumlah wang RM369,000 bagi meneruskan aktiviti perniagaannya.

Ini jelasnya;

"Sekarang ini saya perlukan duit dan penderma. Paling sedikit RM369,000 untuk bisnes,"

"Syukur kalau ada yang hendak beri. Saya perlukan duit yang berkat."

Bercakap tentang dunia lakonan, kegiatan lakonannya belum tertutup, namun Iqram Dinzly enggan menggunakan nama sebenar.

Ini komennya lagi:

"Ada saya cakap saya tidak mahu berlakon? Saya cakap saya matikan Iqram Dinzly, itu saja"

Mengulas mengenai aksi peliknya di laman media sosial Instagram, Iqram Dinzly berkata beberapa akaun media sosialnya pernah kena block sebelum ini.

Katanya, walaupun kena block, itu tidak sedikit pun menghalang usahanya membuat video menggunakan akaun Instagram lain.

"Tiga akaun saya sebelum ini sudah disekat tetapi baru-baru ini saya dihalang daripada mengirim video.

"Mereka pendekar hasad dengki. Saya sudah biasa semua itu sejak kecil lagi orang tidak puas hati. Saya terima saja dengan reda,"

Sementara itu, baru-baru ini Iqram Dinzly telah mencuri perhatian apabila muncul di Anugerah Juara Lagu.

Pelakon drama Dunia Baru mencuri peluang menari bersama Hael selepas “Jampi” dinobatkan Juara Lagu ke-32 hujung minggu lalu.

Iqram juga dilaporkan beberapa kali mahu membuat penampilan mengejut semasa persembahan Altimet menyanyikan lagu Amboi namun sempat dihalang pihak produksi.

Seepas tamat AJL32, Altimet mendedahkan dia akan mengamuk sekiranya Iqram Dinzly tampil di persembahannya menerusi lagu Amboi.

Altimet juga telah berlalu pergi setelah melihat Iqram menari ketika Hael menyanyi lagu Jampi di penghujung rancangan.

Sumber: projekmmo

Tiada ulasan