Isu Kahwin Perempuan, Rafidah Pengacara 3R Tampil Beri Respon

Share:
 
Baru-baru ini viral di media sosial, bekas pengacara didakwa telah berkahwin dengan pasangan sejenis di luar negara.

Pengacara berkenaan ialah Rafidah Abdullah yang sebelum ini dikenali sebagai pengacara rancangan 3R.

Rafidah dituduh telah berkahwin dengan pasangannya itu di Australia selepas beberapa tahun bercinta.

Dakwaan ini menjadi lebih panas apabila pasangan Rafidah menerusi akaun Instagram telah memuat naik foto mereka berdua mempamerkan cincin di jari masing-masing.

Beberapa portal gosip tempatan telah menulis mendakwa Rafidah telah berkahwin dengan pasangan sejenis selepas gambar mereka memakai cincin dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka telah menandatangani perjanjian. Malah, sekeping gambar dua orang sedang bermesra juga menjadi viral dikaitkan dengan isu kontroversi ini.

Memang ramai yang terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan dakwaan dan gosip panas ini.


Bertindak mahu menjernihkan keadaan, seorang individu telah bertanya sendiri kepada Rafidah untuk mengetahui jawapannya.

Di twitter, seorang individu berkongsi screenshot penjelasan Rafidah sendiri berhubung perkara ini.


Ini jawapan Rafidah:


"Hahahaha bodoh la semua ni. Fitnah je. Sesiapa yang kaki gosip tu, kaalu nak buat research pasal pendaftaran kahwin ke, atau nak check passport akak sekalipun, dipersilakan sebab sah-sah tak ada."

"Adik jangan risau, akak relax je dengan kucing-kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia."

Itulah respon Rafidah tentang apa yang sedang viral di media sosial sekarang ini dan dia berkata ianya hanyalah fitnah.

Rafidah juga mengalu-alukan sesiapa yang mahukan kepastian, katanya anda boleh periksa sendiri pendaftaran perkahwinan dan passportnya jika perlu.

 Tambahnya lagi, dia sekarang sedang relax layan kucing-kucing peliharaan, layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia.

Sumber: OhBulan

Tiada ulasan