Izreen Azminda Tak Pernah Masuk Campur - Ude Wahid Nafi Izreen Punca Cerai

Share:

Semalam memang menjadi buah mulut apabila suami pelakon popular Izreen Azminda, Radzi Abdul Wahid atau Ude dalam proses menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh.

Ude Wahid yang juga seorang pemuzik, telahpun menfailkan permohonan penceraian terhadap isteri pertama.

Berita ini terus menjadi viral dan orang ramai ingin mendengar penjelasan dari kedua dua pihak.

Apabila isu ini terjadi, ada yang mula menyalahkan Izreen Azminda sebagai punca masalah ini berlaku.

Namun Ude Wahid telah tampil memberi kenyataan dan berharap pihak luar tidak mengaitkan Izreen Azminda dalam proses perceraiannya dengan isteri pertama.

Sebaliknya Ude, yang dihubungi di sini, hari ini menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan isteri pertamanya, Intan Liyana Saleh tidak ada kaitan dengan Izreen.

Ini penjelasan Ude Wahid:

"Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik.

"Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liyana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana,"

Kata Ude lagi, sebagai suami dan bapa, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Ude juga mengharapkan orang keliling tidak memberikan tekanan dan membuat spekulasi tentang keluarganya.

Ini komennya lagi:

"Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liyana dan dua anak tidak akan saya abaikan,"

Selepas lima tahun berkahwin, Ude dilihat bakal mengakhiri perkahwinannya denganIntan Liana.

Namun Ude masih belum melafazkan cerai terhadap Intan Liana Saleh dan baru hanya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 3 tahun, dan Ariq Muqri, 1 tahun.

Sebutan kes ditetapkan pada tarikh 22 Mac depan.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan