Jangan Bagi Suami Peluk Perempuan Lain - Abby Abadi

Share:
 
Selebriti popular Abby Abadi memuatnaik satu status yang meyatakan pandangannya yang tidak setuju jika lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian.

Abby yang kini berumur 41 tahun, menerusi satu entry di laman Instagram berkata, ia seperti membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong manusia kepada perbuatan menjurus perlakuan maksiat.

Ini tulisnya:

"Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

"Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan itu 'mengundang' namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka,"

Pendapat Abby Abadi itu mendapat reaksi yang baik dari netizen yang rata-rata bersetuju dngan kenyataannya itu.

Foto tersebut menerima lebih 10,000 tanda suka (like) dan reaksi positif pengikut yang rata-rata bersetuju dengan Abby Abadi.

Orang ramai turut beranggapan, Abby Abadi layak untuk memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Memang betul apa yang Abby tulis ini. Sekiranya berlakon adegan 'hangat' antara lelaki dan perempuan, mungkin akan wujud satu perasaan antara mereka berdua.

Di imbas kembali, Abby Abadi pernah berkahwin dengan rakan artis, Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu
~Mohamed Danish Hakim, 15 tahun
~Marissa Dania Hakim, 13 tahun 
~Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Bekas anggota kumpulan popular Elite itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Abby Abadi kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015 dan kekal sehingga kini.

Manakala Norman Hakim pula berkahwin dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu  Muhammad Darwishz Hakim, 4 tahun, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.


Kini Abby Abadi dan bekas suami Norman Hakim mempunyai hubungan yang baik.

Sumber: mStar

Tiada ulasan