Jangan Salah Guna, Aeril Zafrel Beri Amaran

Share:

Pelakon popular Aeril Zafrel berang apabila ada pihak yang menjalankan perniagaan atas talian menggunakan gambar dia dan isteri tanpa kebenaran bagi tujuan publisiti di sebuah laman Facebook.

Menurut Aeril Zafrel, pihak pengurusannya kini dalam perancangan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengendali laman tersebut.

Ini kerana pemilik Facebook itu tetap berbuat demikian walaupun amaran telah diberikan beberapa kali sebelum ini.

Oleh kerana perkara itu berlarutan, Aeril Zafrel telah muat naik status penafian di Instagram dan juga laman Facebooknya.

Ini tulis Aeril Zafrel;

PERINGATAN DAN PENAFIAN
(untuk sebaran umum).

Pihak yang mengatas-namakan HM Exclusive* ini telah menggunakan gambar saya dan isteri TANPA KEBENARAN untuk tujuan promosi dan perniagaan mereka. Saya dan isteri juga TIDAK TERLIBAT dalam urusan perniagaan syarikat tersebut. Justeru, kami tidak akan bertanggungjawab bagi segala perkara berbangkit yang berkaitan HM Exclusive* ini.


Tujuan hal diwar-warkan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh mendatangkan kemuradatan, kerugian dan ketidak-baikan dalam perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada saya dan isteri juga kepada mana-mana pihak lain yang berurusan dengan entiti perniagaan tersebut.
 

Pihak pengurusan kami sedang dalam usaha mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali page HM Exclusive* kerana keengganan bekerjasama meskipun beberapa kali amaran telah diberikan oleh pihak kami.

Sekian dimaklumkan.


Menerusi statusnya itu, suami kepada pelakon Wawa Zainal ini menegaskan dia dan isteri tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

Pasangan ini juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan ketika pelanggan berurusan dengan pihak berkenaan.

Setelah Aeril Zafrel membuat kenyataan, didapati Facebook berkenaan sudah menutup laman page nya.

Semoga pihak diluar sana mengambil ikhtbar dari kejadian ini, janganlah guna foto untuk kepentingan sendiri tanpa kebenaran tuan punya badan.

Sumber: FB Aeril Zafrel

Tiada ulasan