Kenyataan Penuh Keluarga Elfira Loy Sahkan Sudah Putus Tunang Dengan Sufian Suhaimi

Share:

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi kini menjadi tumpuan pihak media dan juag para peminat apabila status pertunangan mereka menjadi tanda tanya.

Sejak dua menjak ini, banyak betul spekulasi yang mengatakan hubungan antaar kedua pasangan selebriti ini mempunyai masalah.

Akhirnya pihak Elfira Loy menerusi kenyataan ibunya telah mengesahkan segala persoalan yang sedang bermain di permikiran orang ramai.

Nampaknya jawapan tentang status hubungan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah terjawab apabila ibu kepada Elfira, Filzah Yusoff sudah mengesahkan bahawa anaknya dan penyanyi itu sudah pun putus.

Menurut Filzah Yusoff, hubungan pertunangan antara kedua dua artis itu baru sahaja terlerai.

Ini kenyataan dari ibu Elfira Loy:

"Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. 

"Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat."

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

"Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,"

Di imbas kembali, kedua dua pasangan ini, bertunangan tahun lalu di kediaman ibu bapa Elfira Loy.

Menurut perancangan awal, Elfira Loy  dan Sufian Suhaimi ingin melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac ini.

Sepanjang tempoh pertunangan, banyak dugaan dan spekulasi yang muncul. Antaranya ialah mereka berdua sudah tidak lagi berjumpa.

Pasangan ini kemudian mengatakan mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

Ada juga isu mengatakan mereka berdua sudah tidak follow sesama sendiri di laman media sosial Instagram.

Kemudiannya, mereka mengatakan bahawa ada masalah teknikal tentang Instagram membuatkan mereka tidak boleh follow sesama sendiri.

Apapun, kita tunggu jawapan dari pihak Sufian Suhaimi pula tentang isu pertunangan ini.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan