"Kesian.. Tak Dapat Jemputan Kahwin Fattah Fazura" - Netizen Sindir Sharifah Shahirah

Share:

Minggu lepas, pasangan popular Fattah Amin dan Fazura telah memuat majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.

Memang ramai peminatnya yang teruja dengan majlis resepsi berkenaan. Majlis diserikan dengan kehadiran ramai tetamu terdiri dari ahli keluarga, rakan artis dan ramai lagi.

Namun di sebalik majlis perkahwinan itu, ada kisah yang tidak manis dibuat oleh peminat Fattah Amin dan Fazura.

Ini apabila ada yang menyindir pengacara Sharifah Shahirah tidak dijemput ke majlis berkenaan.

Kisahnya bermula apabila Sharifah Shahirah memuat naik beberapa keping gambar ketika dia berkahwin dengan suaminya Ijoy.

Gambar-gambar throwback dan penuh kenangan ini dimuatnaik oleh Sharifah Shahirah di laman instagram miliknya.

Secara tiba-tiba ada seorang individu yang memberi komen sinis kepada Sharifah Shahirah.

Ini komennya:

"Kesian lah hai.. tak dapat jemputan majlis wedding of the year Fattah Amin dan Fazura ye. Sebab tu terpaksa throwback majlis lapuk tu. Tak apa la kasi la can"

Kemudian Sharifah Shahirah membalas:

"Saya paling takut benci orang, jangan hina kami"

Ini pula respon individu terbabit:

"Siapa pula menghina. Tapi kalau perangai dah tak elok, memang patut la kena hina"

Kata-kata individu itu benar-benar membuatkan Sharifah Shahirah terguris. Pengacar ini kemudian memuatnaik satu caption khas buat individu terbabit.

Ini tulis Sharifah Shahirah:

"Oooo macamni ye peminat Fazura dan Fattah
"Saya bukan mintak simpati, tapi nak share..peminat ni
"Tak pasal pasal aku kena maki sebab throwback gambar kawin
"Sayangnya anak anak sekarang
"Memang sure korang ckp jgn layan
"Tapi nak bagi tau
"Allah boleh tarik apa yg kita ada.. bila bila
"Jangan benci kami sangat
"Ada cara lain bila menaip

"Tetiba pm tepi...waa dapat perhatian adik ni. Sabar yek .dik

"Dia kata tak hina saya...
"Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya
"Tetiba, Wedding lapuk tu tak hina ye.. Oooooo org sekarang

"Fanatik betul ekkk...
"Sampai hina org lain takde kena mengena
"Aku tak buat apa pun dengan dia
"Sapa peminat fazura fattah mungkin tak semua mcam ni
"Tapi Fattah dan Fazura kalau ada party dgn fan tolong Nasihat sikit

Itulah luahan hati Sharifah Shahirah yang benar-benar terkilan apabila secara tiba-tiba menerima mesej sedemikian.

Kenapalah sampai begitu sekali. Semoga Sharifah Shahira sabar ye. Biasalah tu, sebagai selebriti ada sahaj yang tak suka apa yang dibuat.

Sumber: IG Shieraijoy

Tiada ulasan