Kumpulan Jozan Kembali Semula.. Buat Peminat Teruja!

Share:
Ini satu berita yang amat baik buat peminat setia pelawak Johan dan juga Zizan Razak.

Johan telah mengesahkan bahawa dia bakal kembali bergabung dengan Zizan sebagai Jozan menerusi dua program televisyen tidak lama lagi.

Kata Johan lagi, dia amat teruja dapat kembali menjalinkan kerjasama dengan Zizan selepas beberapa tahun tidak muncul bersama di televisyen.

Ini pendedahan dari Johan:

"Insya-Allah ada dua program yang bakal memperlihatkan kami sebagai hos bersama tetapi buat masa ini belum boleh beritahu program apa.

"Memang teruja sebab dah lama tak bergandingan menerusi program televisyen dan peluang diberikan ini adalah rezeki untuk kami.

"Sudah tentu saya menantikan gabungan ini dan berharap ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya bila kami akan kembali mengacara bersama"

Johan bagaimanapun hanya memberi bayangan program yang bakal menampilkan mereka bakal berkonsepkan bual bicara dan satu lagi merupakan sebuah rancangan pertandingan realiti.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, selain program bersama Zizan, dia kini sedang sibuk merangka beberapa program yang diterbitkan untuk siaran Aidilfitri.

Katanya ini semyua rezeki anak yang bakal dihahirkan tidak lama lagi.

Ini komennya lagi:

"Alhamdulillah ada beberapa projek besar yang sedang saya rangka buat masa ini dan paling terdekat program bersempena Aidilfitri.

"Ini semua rezeki untuk anak saya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi"

Johan ditemui pada majlis memperkenalkan 18 peserta program Ceria Megastar yang mana dia bertindak sebagai juri dalam rancangan itu.

Diimbas kembali, kumpulan Jozan hasil gabungan Johan dan Zizan telah mencetuskan fenomena apabila menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.

Jozan menjadi naib juara di Mahara Lawak pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula, kumpulan Jozan menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2012.

Sumber: mStar

Tiada ulasan