Linda Onn Selamat Lahirkan Anak Pertama ..Tahniah!!

Share:
 
Pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama nya.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Linda Onn di laman media sosial Instagram miliknya hari ini.

Linda Onn juga telah berkongsi dan memuatnaik foto anaknya itu khas untuk tatapan para peminatnya.

Ini gambar anak sulung Linda Onn:


Ini caption simple Linda Onn: " Linda Onn Junior, Alhamdulillah"

Di ruangan komen, banyak ucapan tahniah diberikan kepada Linda Onn di atas kelahiran baby sulungnya itu.

Ramai yang memuji kecomelan baby Linda Onn ini. Tahniah diucapkan kepada Linda Onn dan suami.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama ini, kehidupan Linda Onn akan bertambah seri dan bahagia.

Selamat menempuh alam ibu yang penuh warna warni!

Diimbas kembali, Linda Onn bernikah dengan suaminya bernama Ungku Azhar sekitar penghujung tahun 2013 manakala majlis resepsi dibuat apa awal tahun 2014.

Majlis dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri teman rapat serta ahli keluarga sahaja.

Linda Onn amat popualr sebagai penyampai radio dan telah memenangi anugerah bintang popular kategori penyampai radio wanita popular sebanyak enam kali berturt-turut.

Populariti Linda Onn membuatkan dia menceburi bidang lakonan dan juga pengacaraan.

Antara lakonannya ialah Soal Hati (2000, Soalnya Siapa (2002, Gila Bola (2003)dan filem Biar Betul (2004).

Selain berlakon, Linda Onn juga hebat berniaga dan membuka restaurant sendiri iaitu My Mom Chicken Rice. - Ditulis oleh BeritaMemey untuk OhkisahNya

Sumber: Instagram Linda Onn

Tiada ulasan