Mak Neelofa Seronok Jualan Tudung Licin..

Share:
 
Memang kecoh betul sejak semalam apabila pelakon dan usahawan popular, Neelofa telah menimbulkan sedikit kontroversi kerana melancarkan koleksi tudung terbarunya di Zouk.


Neelofa menyatakan dia mengadakan majlis tersebut di Zouk kerana faktor tema dan juga kos yang dikatakan lebih murah.

Pelbagai tanggapan negatif oleh orang awam yang diberikan setelah isu ini menjadi viral, memang teruk Neelofa kena.


Walau apa pun yang berlaku, dalam perkembangan terkini, dikatakan jualan tudung keluaran terbaru Neelofa itu amat laku bak pisang goreng panas.

Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini dilihat amat seronok menyatakan perkara berkenaan.

Datin Noor Kartini memberitahu menerusi InstaStory miliknya sebentar tadi bahawa koleksi Be Lofa by Naelofar Hijab telah habis dijual dalam masa yang singkat.

Ini katanya:

"Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online harini.

"Team semua tengah bertungkus lumus, nanti kita belanja ya makan dekat hotel, takkan tak belanja dua minit sold out kot?"

Itulah yang dikatakan oleh obu Neelofa di laman IG nya menerusi Insta Stories.

Koleksi Be Lofa-Turban itu dijual dengan harga RM73(SM) dan RM75(SS) yang didatangkan sebanyak 51 warna yang menarik.

Tudung koleksi itu sudah pun digayakan oleh Neelofa sendiri sejak dia terlibat dalam membintangi drama yang bakal ditayangkan berjudul "Ti Amo Sweetheart 100 Hari".

Drama itu menggandingkan Neelofa dan hero sado pujaan ramai Zul Ariffin.

Sementara itu, kalau dilihat di laman web Naelofar Hijab, sememangnya ia menunjukkan bahawa kesemua warna bagi koleksi yang baru sahaja diperkenalkan semalam itu sememangnya telah habis dijual!

Di ruangan komen laman Instagram milik ibu Neelofa itu, memang ramai para followernya yang memberi komen negatif dan mengecam tindakan Neelofa.

Namun bagaimanapun, Datin Noor Kartini langsung tidak membalas satu pun komen yang ditulis oleh netizen. (OhKisahnya/Sakura Media)

Sumber: MyNewsHub

Tiada ulasan