Nanti Saya Beritahu - Ibu Elfira Loy

Share:


Nampaknya makin hangat isu melibatkan status pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy.

Rata-rata kini tertanya-tanya apakah status sebenar mereka berdua ini setelah pelbagai spekulasi yang muncul.

Ibu kepada pelakon Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff juga terpalit apabila menjadi buruan pihak media yang ingin tahu status pertunangan anaknya itu.

Apabila ditanya tentang isu ini, Filzah Yusoff enggan memberikan sebarang komen berhubung desas-desus yang mengatakan pertunangan anaknya dan penyanyi Sufian Suhaimi sudah putus.

Ini komennya:

"Nanti apa-apa saya beritahu" jawabnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada portal Utusan.

Dalam perkembangan terkini, Sufian Suhaimi telah menukar nombor telefonnya kerana enggan diganggu dengan pertanyaan soal putus tunang itu.


Mahadhir Mohamad pengurus kepada Sufian Suhaimi, telah mengesahkan penyanyi lagu Terakhir itu sudah menukar nombor telefon dan meminta ruang agar tidak terus diajukan dengan soalan sama.


Ini penjelasan pengurus Sufian Suhaimi:

"Sudah seminggu dia tukar nombor telefon baharu dan dia minta agar tak diganggu (dengan) soalan-soalan berbentuk peribadi.


"Malah untuk program temubual dia juga hanya akan bercakap soal kerjaya semata-mata,"

Pelbagai persoalan yang muncul dan antara yang menjadi persoalan ialah mereka berdua sudah lama tidak berjumpa dan juga ada isu tentang mereka berdua sudah unfollow di Instagram masing-masing.

Menjawab persolan yang timbul sebelum ini, Sufian Suhaimi meminta agar semua pihak mendoakan yang terbaik terhadap masalah hubungan mereka yang disifatkan cukup rumit.


Untuk pengetahuan, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras.

Pada mulanya, mereka dikatakan merancang untuk berkahwin pada Mac ini namun masih tiada tarikh yang ditetapkan.

Elfira Loy bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang berada di Amerika Syarikat.


Sumber: Utusan

Tiada ulasan