Pengumuman Terbaru Mira Filzah Di Laman Media Semalam Mengejutkan Orang Ramai

Share:

Pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah telah membuat satu pengumuman semalam.

Ternyata pengumuman yang dibuat ini telah mengejutkan para peminatnya.. apakah pengumuman itu?

Mira Filzah telah menulis status yang menyatakan  dia telah mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu.

Pengumuman tersebut dibuat Mira menerusi laman Twitter miliknya.

Ini tulis Mira Filzah:

"Saya rasa, saya akan berehat dari media sosial untuk sementara waktu,"

"Tak ada kena mengena dengan mana-mana netizen, komen-komen negatif atau akaun palsu pun. Lagipun dari dulu ada dah semua tu dan saya tak pernah kisah.

"Saya cuma beritahu saya nak berehat dari media sosial supaya awak semua nanti tak tertanya-tanya kalau tiada perkembangan. Itu sahaja,"

Menurut pengacara program Nona ini, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak tahan dengan komen dan kritikan negatif terhadap dirinya.

Katanya, dia sendiri tidak pernah mengambil kisah mengenai kritikan atau kecaman netizen sepanjang berada dalam industri seni.

Jelas Mira Filzah lagi, dia membuat pengumuman itu kerana tidak mahu para peminatnya tertanya-tanya jika tidak mengemas kini sebarang perkembangan baru di media sosial.

Apabila pengumuman itu dibuat, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih dengan berita tersebut dan berharap Mira Fizlah kembali aktif.

Bagaimanapun, mereka akur dan menghormati keputusan dibuat pelakon cantik itu dan akan sentiasa menyokongnya.

Ini antara komen para peminat Mira:

"Saya hormat dengan keputusan kak Mira tapi janji jangan terlalu lama sebab saya akan merindui awak. Sentiasa sokong apa yang awak buat dan saya sayang awak.

"Tapi tolong jangan lama sangat berehat sebab kami yang jauh hanya harap IG dan Twitter nak borak dengan Mira.

"Baiklah tapi jangan lama-lama nanti kita semua rindu," 

Itulah antara luahan para peminat Mira Filzah. Semoga Mira Filzah cepat-cepat kembali aktif di laman media sosial semula.

Sumber: mStar / Laman media sosial Mira Filzah.

Tiada ulasan