Punca Sebenar Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam Zouk

Share:
 
Selebriti popular dan pengusaha tudung Naelofar iaitu Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan semalam.

Ini kerana Neelofa telah  melancarkan koleksi tudung terbaru nya di sebuah kelab malam yang amat popular iaitu Zouk malam tadi.

Ramai yang terkejut dengan pemilihan lokasi Zouk sebagai tempat pelancaran dan Neelofa terus dikritik dan dikecam hebat kerana majlis pelancaran tersebut.

Namun, Neelofa membuat kenyataan bahawa dia tidak akan mempedulikan kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab hiburan di sini, malam tadi.

Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih menjadi lokasi pilihan kerana tempat berkenaan sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Ini penjelasan dari Neelofa tentang perkara ini:

"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," 

Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, pelakon Red Velvet dan Suri Hati Mr Pilot itu tetap bersyukur segala dirancang lancar.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga termasuk Nabila (kakak), Amirah (adik) dan juga ibunya.



Selain itu rakan-rakan Neelofa serta agen agen jualan tudung Naelofar juga dilihat menghadiri majlis yang penuh meriah itu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan