Putus Dengan Elfira Loy.. Sharnaaz Ahmad, Aiman Tino, Haqiem Rusly Tampil Mesej Sufian Suhaimi

Share:
 
Akhirnya ibu bu Elfira Loy membuat pengumuman mengatakan bahawa anaknya dengan penyanyi Sufian Suhaimi sudah putus tunang.

Sufian Suhaimi pula mengatakan huungannya masih baik dengan Elfira Loya namun ada campur tangan pihak ketiga.

Sehingga kini, cincin pertunangan masih belum dipulangkan lagi, dan ibu Elfira Loy mengatakan pihaknya akan memulangkan cincin itu tidak lama lagi.

Setelah kisah mereka berdua putus tunang tersebar, ramai yang memberi sokongan kepada Sufian Suhaimi.

Antaranya ialah para follower, para peinat dan juga rakan artis.

Ramai yang memberi kata-kata semangat kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Terakhir,  Harus Aku dan Terasa Ada ini.

Antara rakan artis yang memberi sokongan ialah Aiman Tino, Haqiem Rusly, Sharnaaz Ahmad, Ernie Zaki dan Heliza Helmi.

Ini mesej dari Aiman Tino kepada Sufian Suhaimi:

"Salam Ean. Aiman ni. Ean banyakkan bersabar. Aiman tak tahu nak cakap macam mana pasal benda ni.

"Tapi kita kena percaya, mesti ada hikmah setiap yang berlaku. Keep strong Bro! I know you!

"Biarkan apa orang nak cakap. Diaorang tak tahu apa yang korang lalui. Jangan termakan dengan kata-kata netizen,"

Bagus betul Aiman Tino ini. Kata-katanya nasihatnya amat baik sekali.

Ini whatsapp yang dihantar rakan artis kepada Sufian Suhaimi:


Mesej-mesej ini dimuatnaik oleh Sufian Suhaimi di laman Instagram miliknya.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Namun segala suratan dan takdir telah tertulis. Mungkin tiada jodoh. Semoga mereka berdua bahagia dengan haluan masing-masing.

Sumber: IG Sufian Suhaimi

Tiada ulasan