Rahsia Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Share:
 
Awal Ashaari dan Scha Al Yahya antara pasangan suami isteri paling popular di Malaysia.

Rumah tangga mereka telah diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang cute iaitu Lara Alana.

Kedihupan mereka sekeluarga memang dilihat amat bahagia sehinga ada yang bertanya apa rahsia Awal Ashaari dan juga Scha Al Yahya.

Berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangga, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menjadikan percutian romantis berdua sebagai acara wajib setiap tahun.

Awal Ashaari yang kini 36 tahun mendedahkan, percutian dengan isteri dapat mengeratkan kasih sayang selain memberi tumpuan penuh kepada pasangannya iaitu Scha Al Yahya.

Bekas pengacara program hiburan Melodi ini mengaku sebagai suami dan ayah, fokus utama diberi kepada cahaya mata sulung, Lara Alana sehingga kadang kala terlupa memberi perhatian kepada pasangan tercinta.

Oleh itu, dengan percutian berdua, ianya dapat mengeratkan hubungan cinta suami isteri terus mekar, itulah rahsia kebahagiaan.

Ini komen dari Awal Ashaari:

"Saya menjadikan rutin bercuti berdua sebagai kemestian buat kami setiap tahun. Selain dapat meluangkan masa kualiti bersama, ia juga berperanan sebagai terapi pengikat sayang.

"Itulah, sejak ada Lara, semuanya berkisar dirinya. Kalau pergi ke acara atau majlis, peminat juga bertanya mengenai anak kami.

"Kadang kala, saya rasa terabai pula Scha disebabkan terlalu fokus kepada anak sepanjang masa,"

Mengaku sering berjenaka untuk menambah bilangan anak, namun, Awal Ashaari redha belum dikurniakan rezeki lagi.

Ini komennya lagi: "Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,"

Dalam perkembangan lain, Awal menjelaskan, pengunduran sebagai pengacara Melodi selepas enam tahun adalah disebabkan mahu keluar dari zon selesa dan mengembangkan kerjaya seni.

Tambahnya, sejak meninggalkan program itu, hari Ahad dapat diluangkan untuk bersama keluarga.

Ini perkongsiaan dari Awal Ashaari:

"Kalau dulu, setiap Ahad saya ada komitmen di studio TV3 untuk siaran langsung Melodi, sekarang hari minggu saya lebih santai. Jadi dapatlah meluangkan masa bersama keluarga,"

Sepanjang enam tahun mengendalikan Melodi, Awal digandingkan dengan Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan AG Kool FM.

Apapun kepada suami isteri diluar sana, boleh lah cuba rahsia dan tips dari Awal Ashaari ini untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Cuba lah dating berdua dan bercuti berdua.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan