Respon Neelofa Kepada Mufti, Tetapi Kenapa Ada Yang Tak Puas Hati?

Share:
 
Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Noor Nelofa Mohd Noor telah menerims kritikan dan teguran dari pelbagai pihak ekoran tindakannya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Antara yang memberi teguran ialah beberapa Mufti. Ini termasuk surat terbuka dari Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkifli.

Apabila pelbagai teguran diberikan akhirnya Neelofa tampil memberi respon balas.

Neelofa telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas nasihat dan pandangan ikhlas yang dibuat terhadap dirinya semalam.

Menurut Neelofa, dia dengan rasa rendah diri menerima segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh agamawan itu dengan hati terbuka.

Ini responnya:

"Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.

"Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu,"

"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.

"Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan,"

Menurut Lofa, sebagai insan biasa, dia juga akan berusaha untuk memperbetulkan setiap kekusutan dan kekeliruan dengan cara terbaik dalam meneruskan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan sekaligus personaliti dalam bidang hiburan.

ADA YANG MASIH TAK PUAS HATI?

Namun begitu masih ada yang tidak berpuas hati kerana Neelfoa langsung tidak meminta maaf kerana berbuat demikian.

Ada pihak yang mahu Neelofa memohon maaf kerana telah menyinggung sesetengah pihak.

Di ruang komen, ada yang kecewa kerana Neelofa tidak membuat permohonan maaf tentang hal ini.

Majlis pelancaran koleksi tudung terbaru Naelofar Hijab  iaitu #BeLofa pada Isnin lalu mendapat kritikan hebat masyarakat apabila ia berlangsung di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Pengacar itu menjadi kecaman teruk sebahagian masyarakat yang menganggap selebriti itu kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaharu Naelofar Hijab itu di lokasi yang tidak bersesuaian.

Sumber - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan