"Saya Dah Jangka" - Zarul Umbrella Dah Tahu Ini Akan Berlaku

Share:

Penyanyi yang mula dikenali semula setelah terlibat dalam pertandingan Gegar Vaganza iaitu Zarul Husin (Zarul Umbrella) kini sudah bergelar sebagai seorang pelakon.

Ini apabila dia membawa watak utama dalam drama yang amat popular berjudul Syurga Yang Kedua.

Apabila bergelar pelakon, Zarul sudah menjangkakan lakonannya menerusi drama berantai Syurga Yang Kedua akan dikatakan sebagai 'kayu' oleh penonton.

Zarul yang kini berumur 45 tahun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan kritikan negatif terhadapnya.

Ini  kerana sebagai pelakon baru, dia sudah memberikan yang terbaik di dalam drama terbabit.

Ini komen Zarul Umbrella:

"Saya memang sudah jangka orang akan kritik lakonan kerana saya sendiri sedar yang saya memang tidak ada pengalaman dalam lakonan sebelum ini.

"Apatah lagi membawa watak utama. Orang nak kata saya kayu pun, terpulanglah pada mereka. Saya pun tidak boleh menghalang penonton daripada memberikan pendapat.

"Kritikan membina akan saya ambil untuk menjadikan lakonan saya lebih baik selepas ini,"

Dalam  drama bersiri berjudul Syurga Yang Kedua itu, Zarul memegang watak sebagai Daniel yang menjalani kehidupan berpoligami dan bergandingan dengan pelakn yang amat hebat iaitu Fasha Sandha dan juga Siti Elizad.

Zarul mengakui pada awalnya agak sukar untuk dia membiasakan diri ketika berada di set penggambaran sehingga ada menerbitkan rasa janggal.

Sebagai pendatang abru dalam bidang lakonan, dia banyak menerima tunjuk ajar daripada Fasha Sandha dan Siti Elizad yang tidak kedekut ilmu bagi memastikan dia berasa lebih yakin.

Ini pendedahan Zarul lagi:

"Drama ini panjang, lebih kurang 70 episod dan sekarang ini Alhamdulillah saya sudah semakin selesa ketika berada di set.

"Syukur juga gandingan saya iaitu Fasha dan Elizad banyak memberi tunjuk ajar,"

Drama bersiri Syurga Yang Kedua kini sedang hangat ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 6 petang di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


Kepada peminat Zarul, Fasha dan juga Siti Elizad, jangan lupa tonton drama ini, memang terbaik!

Sumber: mStar

Tiada ulasan