'Saya Sudah Tiada Hati Pada Isteri Pertama' - Ude Wahid, Suami Izreen Azminda

Share:
 
Hari ini, agak kecoh apabila berita mengatakan suami Izreen Azminda bakal menceraikan isteri pertama iaitu intan Liana.

Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude tampil memberi kenyataan tentang isu ini.

Melalui laporan Berita Harian, Ude Wahid mengakui, perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah tiada hati meneruskan hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.

Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.

Ude juga menegaskan dia tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab nya.

Ini komen Ude Wahid:

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,"

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.


Mahkamah memberi tarikh 22 Mac ini untuk sebutan kes pasangan ini.

Ude Wahid berkata dia masih belum lagi melafazkan talak kepada Intan Liana.

Ini komennya:

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

"Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes,"

Sebelum ini, Intan Liana mencuri perhatian pihak media apbila dilihat mengalirkan air mata ketika berada di mahkamah.

Ude Wahid dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan