"Sepatutnya jumpa keluarga Sufian semalam tetapi..." - Ibu Elfira Loy

Share:

Kisah hubungan antara penyanyi Sufian Suhaimi dan juga pelakon popular Elfira Loy sedang sangat diperkatakan.

Semalam memang kecoh apabila ibu kepada Elfira Loy mengesahkan yang anaknya itu sudah putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Kemudian, keluar pula kenyataan daripada Sufian Suhaimi mengatakan mereka belum putus selagi cincin masih pada Elfira.

Jadi, sekali lagi mak Elfira melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia dan bekas suaminya sedang mencari masa sesuai untuk bertemu keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan.

Ini penjelasan dari ibu Elfira Loy:

"Sepatutnya saya dan bekas suami ingin berjumpa keluarga Sufian semalam (kelmarin) yang kebetulan berada di Kuala Lumput tetapi mereka beritahu sudah ingin pulang ke Muar"

"Jadi saya dan bekas suami tunggu waktu lapang mereka pula untuk berjumpa dan pulangkan cincin"

"Cuma apa boleh jelaskan, Elfira dan Sufian sudah tidak ada apa-apa hubungan" 

Itulah penjelasan lanjut dari ibu Elfira, Filzah Yusoff.


Sebelum ini, Sufian Suhaimi mengatakan hubungannya dengan Elfira Loy masih baik tetapi ada campur tangan dari pihak ketiga.


Sehingga kini ramai yang tertanya-tanya siapakah pihak ketiga itu.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan