Setelah Pihak Elfira Loy Umum Putus Tunang, Ini Respon Sufian Suhaimi

Share:
 
Teka teki status hubungan antara pasangan selebriti iaitu Elfira Loya (pelakon dan pengacara) dan Sufian Suhaimi (penyanyi) akhirnya terjawab.

Ini apabila pihak perempuan iaitu ibu kepada Elfira Loy mengesahkan hubungan pertunangan antara anaknya dengan Sufian Suhaimi telahpun putus.

Kini ramai yang nak tahu, apa yang Sufian Suhaimi ingin katakan tentang pengumuman ibu Elfira Loy itu. Akhirnya penyanyi ini memberi respon.

Penyanyi Sufian Suhaimi tetap berpegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin pertunangan yang diberikan masih bersama pelakon itu.

Sufian Suhaimi menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

Ini respon Sufian Suhaimi yang menerusi pengurusnya (Mahadhir):

"Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

"Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,"

Hari ini iaitu hari Sabtu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, telah mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini menerusi laporan Berita Harian.

Dikatakan pihak Elfira Loy akan akan bertemu dengan keluarga Sufian Suhaimi untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.


Dalam pada itu, Mahadhir berkata lagi, Sufian Suhaimi akan tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut menerusi Instagramnya apabila tiba waktunya.

Malah Sufian Suhaimi akan menjawab mengenai dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan Sufian yang didakwa mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Ini kata pengurus Sufian itu lagi:

"Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya," 

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Ketika ini Elfira Loy sedang berada di New York, Amerika Syarikat.

Sufian Suhaimi pula dikatakan menukar nombor telefon kerana tidak mahu diganggu dek kerana isu pertunangan ini.


Sumber: mStar

Tiada ulasan