Suami Izreen Azminda, Ude Wahid Dikhabarkan Akan Lafaz Cerai Isteri Pertama Di Mahkamah Petang Ini?

Share:

Ini merupakan perkembangan terkini tentang perkahwinan Izreen Azminda dan juga pemuzik Ude Wahid.

Perkahwinan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid dengan isteri pertama, Intan Liana Saleh dikatakan bakal berakhir dengan perceraian.

Ude Wahid difahamkan akan melakukan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang hari ini dari laporan pihak KOSMO.

Menguatkan spekulasi ini apabila Intan Liana memuat naik kenyataan berbau kecewa di Instagramnya.

Ekoran perkhabaran Ude bakal melafazkan cerai terhadap Intan Liana Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur, 2.30 petang ini, Izreen telah dicari oleh pihak media.

Pelakon drama Izreen Azminda menegaskan dia tidak mahu mencampuri urusan suami dan isteri pertamanya yang mengambil keputusan untuk bercerai, hari ini.

Bagaimanapun, Izreen Azminda berkata dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.

Izreen dihubungi berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen membabitkan apa sedang berlaku antara suami dan isteri pertamanya, apatah lagi apabila memikirkan kedudukannya sebagai isteri kedua.

Ini komen Izreen:

"Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan," 

Itulah perkembangan terkini tentang kisah rumah tangga Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid.

Ude Wahid yang juga merupakan seorang pemuzik bebas itu mula mendirikan rumah tangga bersama Intan sejak lima tahun lalu dan memiliki dua cahaya mata bernama Arish Muqri, 3 tahun, dan Ariq Muqri, setahun.

Ude Wahid dan Izreen Azminda berkahwin pada 8 Ogos, 2017 di sebuah lokasi dirahsiakan.

Sumber: KOSMO / Harian Metro

Tiada ulasan