Tak Dapat Sediakan Wang Hantaran? Sufian Suhaimi Tampil Beri Komen

Share:
 
Memang antara gosip paling hangat kebelakangan ini ialah kisah pertunangan pasangan selebriti iaitu Elfria Loy dan juga Sufian Suhaimi yang telahpun disahkan putus.

Ayah Elfira Loy telahpun memulangkan cincin pertunangan kepada pihak keluarga Sufian Suhaimi pada hari Ahad yang lalu.

Apabila kisah mereka menjadi buah mulut orang ramai, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy mengunci mulut tentang punca terlerainya ikatan pertunangan mereka.

Oleh kerana ramai yang nak tahu puncanya, ada netizen mula membuat andaian dan spekulasi terjadinya peristiwa itu.

Seorang pemilik Instagram menggunakan nama @rayzman123 mendakwa isu kewangan dan kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira bagi perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Mac ini dikatakan sebagai puncanya.

Dia mendakwa kononnya mendapat maklumat tersebut selepas ia didedahkan oleh seorang rakannya dipercayai kenalan keluarga Elfira.

@rayazman123 meninggalkan dakwaan tersebut di ruangan komen Instagram milik mStar Online pada Rabu lalu.

Ini komen yang menjadi tanda tanya ramai:

"Dah dah lah... move on je lah. Dah mak El tak nak, nak buat macam mana.

"Mak El tak nak bermenantukan orang tidak berduit. Takut anak dia susah nanti walaupun Sufian ada ijazah sarjana. Sufian tak boleh sediakan wang hantaran yang diminta mak El bulan tiga ni.

"Benda tu rahsia antara keluarga tapi dekat facebook ada kawan kepada ahli keluarga El pecah lubang. Berapa hantaran tu, rahsia keluarga katanya. Lagipun Sufian tengah belajar, manalah mampu kalau hantaran banyak-banyak,"

Bagaimanapun netizen mempersoalkan kesahihan informasi yang diberikannya dan ramai meminta agar semua pihak tidak mendengar tuduhan dilemparkan terhadap pasangan itu.

Usaha untuk mendapatkan maklum balas Sufian dan Elfira mengenai tuduhan tersebut bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Dalam pada itu Sufian kepada portal Utusan Online pada Rabu meminta agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sahih mengenai episod kehancuran hubungan mereka itu.

Ini respon Sufian Suhaimi:

"Saya nak pesan sedikit kepada semua orang (netizen), hentikan segala spekulasi. Ini bukan perkara yang mudah untuk kami semua hadapi. Biarlah hanya kami berdua dan keluarga sahaja yang tahu,"

Pada Sabtu lalu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir.

Kemudiannya pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Pertemuan antara keluarga kedua-dua pihak dilaporkan berlangsung dengan baik dan pihak keluarga enggan memanjangkan hal berkenaan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.


Sumber: mStar

Tiada ulasan