"Tak elok cakap macam tu kat anak.." Peminat Tegur Ramona Zamzam

Share:
 
Ketika ini memang ramai selebriti yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka.

Antara selebriti yang baru dapat anak pertama ialah pelakon Ezzaty Abdullah dan juga pelakon Ramona Zamzam.

Baru-baru ini ada satu salah faham yang berlaku antara seorang peminat dengan pelakon Ramona Zamzam.

Salah faham ini bermula apabila Ramona menulis satu komen di Ig milik Ezzaty.

Pertanyaan secara terbuka pelakon Ramona Zamzam di ruang komen foto milik aktres Ezzaty Abdullah di Instagram berhubung kebimbangannya membawa bayinya ke tempat awam disalah erti segelintir pihak.

Penggunaan bahasa pasar yang agak kasar di ruang komen itu membuatkan ada follower Instagram Ezzaty tidak berpuas hati dengan Ramona.

Ini seperti pelakon itu melabel anaknya sendiri sebagai 'gila'.

Semuanya bermula apabila Ramona melihat Ezzaty membawa anaknya bernama Harum Dahlia ke sebuah majlis perkahwinan pada Jumaat lalu.

Ramona tengok Ezzaty okey sahaja bawa anaknya ke majlis ramai sebegitu, memandangkan dia risau membawa anaknya kerana tidak boleh duduk setempat.

Ini tulis Ramona Zamzam di ruang komen Ezzaty:

"Baby tak menangis ke babe! I ada wedding juga esok, tengah fikir nak pergi ke tak sebab risau tak boleh nak handle baby.

"Anak I gila kalau duduk setempat, dia bisang tapi kalau jalan-jalan dan bergerak baru dia diam,"

Salah seorang pengikut Instagram Ezzaty tampil menegur penggunaan bahasa Ramona yang dianggap tidak baik seolah-olah mendoakannya kerana menggunakan perkataan gila itu.

Ini tulis peminat berkenaan:

"Sis tak elok cakap macam tu kat anak... seakan kita doakan anak. Sebaiknya kita guna perkataan 'anak bertuah' dalam masa yang sama kita mendoakan anak kita bertuah,"

Ramona Zamzam membaca komen berkenaan dan tampil memberi penjelasan.

Pelakon tersebut membalas komen tersebut memberitahu itu hanya gaya percakapannya dan sebagai ibu dia tidak akan mendoakan perkara tidak elok untuk anaknya sendiri.

Ini penjelasan Ramona Zamzam:

"Allah janganlah serius sangat... I memang jenis kasar. Kawan-kawan yang kenal lebih faham cara percakapan I berbanding orang luar yang tak kenal.

"Mak mana nak mendoakan anak mereka benda-benda tak baik. Maaf kalau komen saya buat anda rasa I jahat tetapi saya hanya berjenaka alahai,"

Itulah penjelasan dari Ramona Zamzam. Salah guna perkataan sahaja memandangkan Ramona ni jenis kasar sikit apatah lagi berborak dengan rakannya Ezzaty.

Orang yang tidak kenali Ramona tersalah faham sahaja.

Sumber: mStar / IG Ezzaty

Tiada ulasan