Terima Padah, Akhirnya Kelakuan Neelofa Dilaporkan Kepada Jabatan Agama Islam

Share:
 
Memang isu yang panas apabila majlis pelancaran tudung artis popular, Neelofa dibuat di Zouk, Kuala Lumpur.

Maljis pelancaran koleksi hijab "Be Lofa By Naelofar Hijab" yang diadakan di sebuah kelab malam di ibu kota semalam, kini mula menarik perhatian pihak dan para ilmuan agama.

Yang terbaru, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tentang kelakuan Neelofa itu.

Menurut setiausaha PERTAMA, Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid, laporan itu dibuat untuk menyelamatkan maruah Islam yang tercalar gara-gara pemilihan lokasi majlis pelancaran tersebut.

Tambah Abd Kareem lagi, satu respon balas dari Neelofa yang mengatakan dia enggan ambil pusing lagi tohmahan dan kata-kata nista yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya berhubung isu ini seharusnya ditegur.

Video majlis pelancaran yang tersebar sejak semalam itu dilihat seperti merendahkan imej agama Islam yang begitu menitikberatkan aurat dan maruah wanita.


Ini komennya:

"Jika Neelofa tidak mahu ambil pusing nasihat masyarakat termasuk ulama, jadi lebih elok dia berdepan dengan undang-undang.

"Jika Neelofa tidak mahu fikir mengenai maruah Islam dan orang Melayu, apa akan jadi kepada anak bangsa kita yang cenderung untuk menjadikan selebriti sebagai ikutan"


Selepas majlis pelancaran koleksi tudung yang diadakan serentak dengan sambutan hari jadinya yang ke-29 itu, Neelofa akui dia tidak mahu mempedulikan pandangan masyarakat terhadapnya.

Ini antara petikan komen Neelofa menerusi BH semalam:

"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang"


Neelofa membuat keputusan melancarkan koleksi tudung di Zouk atas sebab tertentu. Antaranya ialah tema yang bersesuaian dan harga yang berpatutan.

Di laman media sosial, memang ramai yang mempertikaikan tindakan Neelofa itu.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan