"Tiada Dendam.."- Sufian Suhaimi Akhirnya Buka Mulut Setelah Putus Tunang.. Sedih Pula Baca

Share:

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mengesahkan pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy telah terputus secara rasmi dan mengikut adat selepas cincin pertunangan dipulangkan oleh pihak Elfira kepada keluarganya di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Sufian Suhaimi yang kini berumur 25 tahun berkata, bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin telah datang memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya.

Bapanya hadir ditemani beberapa ahli keluarga sementara Elfira Loy dan ibunya, Filzah Yusoff kini berada New York, Amerika Syarikat atas urusan kerja.

Akhirnya selepas segalanya sudah terungkai, penyanyi ini tampil memberi komen.

Ini komen Sufian Suhaimi:

"Saya reda dengan ketentuan ini dan semuanya sudah selesai mengikut adat. Terima kasih untuk segala doa yang baik-baik daripada orang ramai.

"Pertunangan kami sudah putus, namun hubungan kami tetap baik sahaja. Tiada dendam antara kami dan saya mendoakan semoga Elfira ditemukan dengan jodoh yang baik dan berharap doa yang sama untuk diri saya"

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir itu, dia tidak mahu memanjangkan cerita mengenai pertunangannya yang putus kerana percaya jodoh mereka tidak panjang.

Sebaliknya, dia mahu terus fokus terhadap kerjaya seni dan mengubat kekecewaan dengan berkarya.

Ini katanya lagi:

"Saya akan ingat tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya hari perkahwinan saya. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi perasaan putus cinta ini dengan anda semua menerusi sebuah lagu.

"Kalau orang kata saya tidak move on lagi, itu pendapat mereka. Sudah menjadi lumrah untuk saya berkongsi perasaan suka mahupun duka melalui karya lagu. Saya reda dengan cinta yang tidak kesampaian ini"

Sebelum ini, Sufian Suhaimi ada meluahkan rasa terluka di laman media sosial.

Ini tulisnya: "This hurts so bad."

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu selepas lapan bulan bercinta. Mereka ada merancangan untuk bernikah pada bulan Mac tahun 2018.

Apapun, semoga kedua dua mereka akan move on dan lebih bahagis selepas ini.

Sumber: KOSMO

Tiada ulasan