(2 Gambar) Rita Rudaini Berjumpa Dengan Intan Liana, Muat Naik Foto Bersama

Share:
 
Pelakon popular, Rita Rudaini menjadi tumpuan pada hari ini setelah dia memuat naik gambar bersama madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh di laman media sosial Instagram miliknya.

Gambar ini dimuatnaik di Instagramnya  pada hari Rabu sekaligus telah menarik perhatian para netizen.

Malah caption yang ditulis oleh Rita Rudaini menjadi tumpuan iaitu yang berbunyi:

 "Saya pernah menjadi isteri seperti dia".

Caption Rita Rudaini pada gambar itu seperti menggambarkan bahawa pelakon ini pernah merasai keperitan yang sedang dilalui oleh Intan Liana.

Status tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu dan Intan agar terus kuat melalui kehidupan tanpa seorang lelaki bergelar suami.


Turut berada dalam gambar berkenaan ialah pelakon Nadia Mustafa dan juga kakak kepada Intan Liana bernama Roxa Salleh.

Sementara itu, penyanyi Ani Mayuni turut memberi komen di gambar itu, ini komennya:


"Alhamdulillah hangpa bagi semangat na kat dia. Dia tu dah macam adik kami tau. Benda yang baik kita sokong la. Selami hati dia. Semoga bertambah rezeki hangpa na"

Foto berkenaan turut mendapat lebih 45,000 tanda likes dan lebih dari 600 komen yang ditulis oleh para follower Rita Rudaini.


Mereka dipercayai bertemu dalam satu majlis jamuan makan tengah hari dan ramah mesra bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Putrajaya pada Rabu.

Sementara itu , Nadia Mustafa turut memuat naik gambar bersama Rita rudaini dan juga Intan Liana di laman IG miliknya.


Nadia Mustafa menulis kesemua dalam gambar itu adalah wanita yang perkasa.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini sebelum ini berkahwin dengan pemain boal sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand.

Mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Sebelum itu juga, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pengulas sukan televisyen yang popular iaitu Akbar Shaari.

Dalam pada itu, mengikut perancangan, Intan akan dilepaskan sebagai isteri Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3 tahun, serta Ariq Muqri, ayng berumur setahun.

Sumber: Instagram Rita Rudaini / Instagram Nazia Mustafa

Tiada ulasan