6 FOTO: Sungguh Jelita Zai Izzati (24 Tahun) Isteri Baru Datuk Jamal Abdillah

Share:

Siapa yang tak kenal dengan Raja Pop Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah.

Datuk Jamal Abdillah merupakan penyanyi bersuara lunak dan merupakan antara penyanyi yang amat disegani di tanah air.

Jamal Abdillah bukan sahaja hebat menyanyi malah pernah menjadi fenomena sebagai pelakon menerusi filem lakonannya berjudul Azura.

Dari segi peribadi, Datuk Jamal Abdillah mempunyai kehidupan yang pasang surut, terutama dari segi perkahwinan.

Datuk Jamal Abdillah pernah beberapa kali berkahwin namun ianya tidak bertahan dan berakhir dengan penceraian.

Yang terbaru, pada tahun lepas, penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini sekali lagi berkahwin.

Datuk Jamal Abdillah bernikah dengan seorang wanita bernama Zai Izzati berumur 24 tahun.

Bagi Datuk Jamal Abdillah, Zai Izzati merupakan satu anugerah buat dirinya.

Ini komen Datuk Jamal Abdillah:

"Dai anugerah terindah dari Tuhan pada usia saya 59 tahun. Saya juga akan menjaganya sebaik mungkin"

Menurut Jamal, dia percaya sudah sampai masanya memperkenalkan isterinya Zai Izzati Khiruddin, 24 tahun, kepada pihak media dan peminat selepas 11 bulan berkahwin.

Ini foto Zai Izzati:




Ini katanya lagi:

"Buat apa nak sorok kerana kami sudah sah bernikah dan isteri saya juga sering menemani ke mana-mana majlis sekarang.

"Pada masa sama, isteri juga baru menyesuaikan diri dalam rumah tangga kerana perbezaan usia kami 35 tahun"

Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinay ketika ditemui pada majlis Luncheon With The Stars di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Zai Izzati meruapakn seorang wanita yang berasal dari Kulim, Kedah,. Pasangan ini telah berkenalan selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ini pendedahan Datuk Jamal Abdillah lagi:

"Kami diperkenalkan oleh keluarga dan tidak kenal pun sebelum ini. Anak saya, Osama juga okay dengan Zai Izzati"

Datuk Jamal Abdillah memberitau tarikh perniakhannya dengan Zai Izzati adalah pada 1 April 2017.

Zai Izzati memang seorang yang amat jelita dan ramai mengatakan Datuk Jamal Abdillah mempunyai isteri secantiknya. Syukur!

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan