Abby Abadi Tak Dengki, Hina Neelofa.. Hanya Tegur Maksiat terang-Terangan

Share:

Isu kontroversi melibatkan majlis pelancaran tudung Neelofa di kelab malam kini beransur pudar.

Ketika isu ini menjadi panas, memang ramai yang memberi pendapat termasuk para mufti.

Selain mufti dan para ilmuan, ada juga golongan artis yang memberi pandangannya. Ini termasuklah Abby Abadi.

Namun Abby berkata dia hanya berkongsi dan share pandangan dari seorang ustaz.

Apabial bersuara, Abby Abadi telah dikecam oleh para peminat Neelofa yang melabelnya seorang yang dengki, dan ada juga mengatakan Abby dengki kerana Neelofa berlakon dengan Zul Ariffin.

Melihat perkara ini, Abby Abadi tampil memberi kenyataannya.

Jom baca komen Abby Abadi:

TAK BAIK BERSANGKA-SANGKA

Tudung Dan  Zouk
Hal ni dan selesai dan saya harap semua ambil pedoman dan istighfar mohon keampunan

Cumanya untuk post ni, saya tujukan untuk peminat Neelofa (bukan Neelofa ye, peminatnya sahaja.. yang sayang dan cinta sangat pada Neelofa) yang salah faham dengan saya berkaitan isu ni. 


Cuba rujuk balik wahai adik kakak, berkait isu tudung dan zouk ni, saya ambil pandangan dari Ustaz Pahrol Mohd Joui. Masih ada lagi post tu di IG saya ni. 

Saya tak mampu nak tulis sendiri sebab kurang ilmu. Jadi bila masa pula yang saya dengki, sampai menghina Neelofa tu? Ayat yg mana? Perenggan ke berapa ye? Saya takde penyakit "dengki" tu. 

Alang yang sakitkan hati saya sampai hancur sehancurnya pun saya boleh maafkan, ini pula yang takde kena mengena dengan saya, saya nak dengki pada dia untuk apa?

Beria-ia mereka sembang sesama sendiri.. tapi sebab lalu kat wall saya, saya terbaca.. jadi tanggungjawab saya untuk betulkan. Suruh saya minta maaf dekat Neelofa sebab saya hina/dengki dekat dia. Nanti muflis lah di akhirat bla bla bla.. Tak sedar diri ada anak juga bla bla bla.. artis sendu, jual tudung tak laku tu yg dengki bla bla bla.. Dengki Lofa berlakon dengan Zul... bla bla blaaaa. apa tu??? Salah sangat sangkaan tu, dah bila masa pulak awak orang nak minta maaf dengan saya?

Kerja saya dulu menakutkan Adik kakak sebab jauh dari ALLAH. Jadi saya tak pernah nk dengki pada siapa-siapa pun dlm industri hari ni sebab saya taknak pun ulang kesalahan saya lagi sebab saya takutkan ALLAH, taknak mati kufur. 


Saya usaha untuk jaga hidayah petunjuk milik ALLAH ini. Bila saya bercerita pengalaman saya, jangan begitu jangan begini... jangan peluk suami/ isteri orang, jangan sentuh lelaki/perempuan,, dituduh saya hina artis lain pula walhal saya berkongsi nk menyedarkan. 

Payah orang kita sebab dah terbiasa. Terbiasa hari-hari dengan maksiat, yang mengajak pada ALLAH pula nampak luarbiasa, nampak salah dan sebagainya.. sedihhhh

Demi ALLAH, buatlah tuduhan apapun, saya tetap juga nak sedarkan yang mana maksiat terang terangan, bahaya.. mengundang bala bukan pada pelakunya sahaja, tapi akan dapat pada kita semua. 


Takpelah, saya maafkan dah, tak perlu minta maaf dengan saya. Minta maaf dengan ALLAH ye. Satu pesan saya: Berpada-pada, dunia hanya tipu daya.

Itulah komen panjang lebar dari Abby Abadi buat peminat Neelofa.

Abby Abadi merupakan bekas penyanyi kumpulan Elite satu masa dulu bersama Linda Rafar, Azza, Sasha Saidin, dan Watie.

Sebelum berhijrah, Abby Abadi juga popular sebagai pelakon menerusi drama Gerak Khas.

Sumber: IG Abby Abadi

Tiada ulasan